Itu dari seorang adik. Kami bertemu pada suatu hari setelah sekian lama. Kebetulan. Masa tu, dia di MRSM dah, selepas tingkatan tiga di Munshi Abdullah.
Seronoknya, dapat jumpa adik-adik. Dulu-dulu kecil molek belaka. Sekarang ni ramai dah ke IPTA/IPTS. Dah sama macam kakak dan abangnya.
--------------------------------
Dulu di sekolah, hobi saya ialah menjenguk adik-adik di kelas lain. Entah kenapa. Mungkin terpengaruh dengan akak dan abang fasilitator yang pernah datang ke sekolah. Bila masuk jengah adik-adik, saya syok berkongsi kisah dan cerita. Bual-bual, ambil tahu. Bermula begitulah saya menjadi fasilitator tak rasmi.
Ada masa, saya merayau. Nasiblah baik waktu itu saya jadi pengawas. Target saya 'kelas-kelas belakang', yang selalu dikatakan kelas budak nakal. Saya tak mengawas tapi berbual, bercerita. Cungkil rahsia dan berkawan dengan adik-adik ni.
Ada masa, saya yang dibuli. Nakalnya mereka. Tapi, saya tak tahu nak marah. Sekadar assosiasi dan jadi teman mereka. Sekadar hadir dengan hormat dan letakkan diri saya sebagai seorang kakak. Saya buang pen dan kertas denda. Saya jadi sebahagian mereka. Enjoy..
--------------------------------
Dalam satu program, saya berhadapan dengan pelajar-pelajar bermasalah. Wah, benar saya buntu waktu tu. Silap gaya kena jerkah agaknya.
Apa saya buat? Saya cuba imitasi. Iya, berlagak seakan mereka. Kelakar juga, layan gitar, nyanyi sama-sama. Dan, ada kesempatan saya rayau cari siapa yang suka Naruto :) Hah, menjadi taktik saya. Last, saya kumpulkan mereka dan cerita tentang matlamat program. Ada respon :)
Erm, senakal-nakal mereka, rupanya yang nakal inilah cepat dilentur jika kena cara. Yang penting kena buat mereka percaya pada kita.
Saya tak sumbang banyak. Tapi, rasa cukup terharu lihat adik-adik ini sama-sama solat berjemaah. Dan, waktu tunggu aktiviti malam, ada yang datang pada saya untuk meluahkan rasa hati.
"Kami tak jahat, kak. Tapi cikgu selalu kata macam tu. Akak tahu cikgu selalu tuduh kami merokok lah, hisap dadahlah. Cikgu bukan masuk pun kelas kami. Kelas pandai je dia pergi....bla bla.."
[Erm, dalam mendengar kena jaga juga. Tak boleh nak percaya bulat-bulat]
Tapi isinya lebih buat saya peka. Dalam diam saya simpati. Erm, mungkin mereka ini kehilangan tempat bicara, lantas mereka ekspres amarah muda dengan cara yang salah. Dan, siapa agaknya yang ada untuk mendekati mereka, mendengar luahan hati mereka??? Siapa yang nak membimbing dan tak melenting?
Siapa??
Pada saya, yang nakal ni perlu pendekatan yang lembut dan berhemah. Mereka bukan untuk dihukum tapi difahami. Nakal itu sekadar metod untuk meraih simpati dan publisiti.
Apapun, semoga saya masih di ingatan mereka. Cukup jika mereka kekal memilih yang baik dan jauh dari mungkar. Saya do'akan.
--------------------------------------
Imbasan dan kenangan adalah rutin seorang fasilitator. Belajar dari pengalaman lepas untuk dijadikan modal setiap hari. Menjadi orang yang membantu, menunjuk, dan juga sebagai sahabat baik kepada semua orang:)
No comments:
Post a Comment